Seorang yang telah berlegar2 di dunia Internet sejak sekian lama, mencari hiburan alternatif untuk remaja sekarang yang main hentam sembrono dan tak ambil berat.. Dan yang lain2... anda boleh tambah2 sendiri tanpa unsur2 fitnah.. (sedang mencari2 ayat sesuai)
Adalah sukacita dimaklumkan bahwa website ini menyokong penuh industri nasyid dan sangat marah kepada mencemarkan industri ini.. Tapi, memandangkan kepada kadar ketersampaian yg terhad bagi kita untuk mencapai hiburan alternatif oleh masyarakat Muslim di negara2 barat, dan juga sikap suka berkongsi yg tinggi, wujudlah website ini.. AMARAN: Muhd Alfateh tidak bertanggungjawab sekiranya anda terkantoi di pasar2 malam ataupun di belakang lorong2 sedang menjual CD yg mengandungi lagu2 yg anda download di sini yg telah anda burn sebanyak mungkin..

Mukaddimah..Bismillah...

Posted by Muhd Al-fateh Saturday, September 13, 2008

Dengan nama Allah yang Maha Penurah lagi Maha Penyayang...بسمالله الحمن الراحيم

Alhamdulillah... setelah penat titik peluh jatuh ke keyboard, akhirnya siap jugak satu blog apa yang dinamakan sebagai Download Nasyid..

Blog ini 'terilham' dalam kepala apabila melihat folder2ku yg penuh dengan lagu nasyid, tak kira arab,melayu,endon,semua ade... Fikir2 balik, "Awatnyer aku simpan banyak? Tak bagi orang lain.." jadi, rasa ingin berkongsi itupun timbul..

Sebetulnya, ini bukanlah blog aku yang pertama.. malah blog yg pertama ialah CetuSaN MinDa seOranG PemuDa blog yang agak boleh tahanlah bagi aku.. (bagi korg x taulah). Jadi, bagi mereka2 yang masih belum mengetahui kewujudan blog itu bolehlah klik untuk meninjau2 CetuSan MinDaku yang terkadang agak gila..

Hakikat awalnya, aku bukanlah orang yang suka, apatah lagi gila nasyid2 ini, cuma kadang2 jika radio ikim.fm tu memutarkan lagu Sami Yusuf menjadikan aku tak senang duduk. Tapi, keadaan mula berubah apabila aku berpindah tempat belajar, yang di mana di situ orang sangat mengagung2kan lagu2 yang lagho, lagu ciptaan penuh orang putih. Setiap hari waktu belajar pasti akan ada orang yang mula "menyumbang" suara dan kemudiannya diikuti oleh pelajar2 lain di sekeliling. Apabila mereka menyedari kehadiranku, barulah diorang slow sikit. Ntah kenape, tapi aku ni mungkin ade aura orang soleh kot (perasan lebih). hehehe...

Apabila berlaku cmtuh, aku yang berjiwa pendakwah ini (perasan lagi sekali..) cuba mencari penyelasaian terhadap benda yang berlaku akibat Ghuzwatul Fikr didalangi Yahudi durjana ini. (nak tahu tentang Ghuzwatul Fikr klik sini..) . Dipendekkan cerita, timbullah idea untuk aku mencari hiburan alternatif, terutamanya Nasheed English sebab budak2 aku gile lagu Inggeris, Rihanna lah, macam2 lagi lah. Hasilnya, banyak Nasheed Inggeris yang aku download kt komp, pastuh hantar kt bebudak aku dengan harapannya diorang akan ubah arah.

Malam aku hantar, esok pagi ramai yang sudah menunjukkan tanda2 yang positif. Ramai yang cakap, "Perghh! sedap gile nasyid kau. Kau ade nasyid yang best2 lagi tak?" Tapi, yang satu ni lagi tak boleh blah.. Siap tanya lagi,"nak kene bayar ke Mad?" alahai... peluang datang takkan nak tolak kot.. Tapi aku taklah sekejam mana, cuma suruh die belanje seringgit je.

Bermula haritu, perkembangan mereka semakin baik... sehinggalah ke hari ini. Aku pulak, dengan niat awal terjun ke arena nasyid nih semata2 untuk bagi member aku tukar arah dengan layan nasyid, aku pun 'terlayanlah' jugak sekali.. akhirnya, itu yang munculnya blog ini..

Akhir kata, semoga mendapat apa yang dikatakan sebagai MANFAAT dari blog ini.. sekian.

0 comments
Blog Widget by LinkWithin

Outlandish

English Nasheed
Pop, R&B, Hip Hop,

Sami Yusuf-Without You

English Nasheed
Pop, Techno, Pure Nahseed

Talib Al-Habib

Arabic Nasheed
Pure Nasheed

D-Clique

English Nasheed
Techno, Pop, Rap, R&B

Tashiru

Nasyid Indon
Pop, Balada, Indie, Acapella