Seorang yang telah berlegar2 di dunia Internet sejak sekian lama, mencari hiburan alternatif untuk remaja sekarang yang main hentam sembrono dan tak ambil berat.. Dan yang lain2... anda boleh tambah2 sendiri tanpa unsur2 fitnah.. (sedang mencari2 ayat sesuai)
Adalah sukacita dimaklumkan bahwa website ini menyokong penuh industri nasyid dan sangat marah kepada mencemarkan industri ini.. Tapi, memandangkan kepada kadar ketersampaian yg terhad bagi kita untuk mencapai hiburan alternatif oleh masyarakat Muslim di negara2 barat, dan juga sikap suka berkongsi yg tinggi, wujudlah website ini.. AMARAN: Muhd Alfateh tidak bertanggungjawab sekiranya anda terkantoi di pasar2 malam ataupun di belakang lorong2 sedang menjual CD yg mengandungi lagu2 yg anda download di sini yg telah anda burn sebanyak mungkin..

Muhammad Al-Husayan

Posted by Muhd Al-fateh Sunday, September 14, 2008


Yang ni pulak, artist arab yg cukup terkenal. Kalau korang tak kenal tuh maknanya korang yg agak jahil.. hehehe.. guaru2, jgn marah.

Penyanyi solo nih antara penyanyi Arab yang mana lagunya boleh diterima oleh semua lapisan masyarakat. Member yang layan Linkin Park pun bile aku 'hidangkan' dengan satu lagu Husayan, Filailatin, terus siang malam hafal lagu tuh. Siap print lirik letak bawah meja belajar. Husayan dah lancarkan dua album yang hangat gile. Mawlay dgn Shokran Elahi. Tak banyak info yg nak dikongsikan di sini, sbb website official die pon base Arab... memang mencanak lah yg terjemah.

Satu lagi info tambahan untuk korang, antara banyak2 lagu yang aku pernah search kt mane2 website, lagu die lah yg paling susah. Nak tahu kenape? Untuk pengetahuan korang, Husayan ni ade banyak ejaan yang pernah aku jumpa. Husayyan, Husayyn, Hosyan pon ader... Hussayyan ader gak.. pening2.. Ape2 pon JOM DOWNLOAD!!

Antara lagu yang terhangat...


Husayan-Fil Lailatin
Hosyan-Mawlay

Lirik lagu Fi Lailatin..


في ليلة من الليال
لست أدري ما اعتراني
ظلمةٌ تغمرني يا رب

الأرض ضاقت والسماء
وقلبي ما عرف الضياء
والدمع بات يبكي يا إلهي

عصيت والذنب كبير
وإني في حزني أسير
مقيد بالذنب يا رب
فهل يستحق يا إلهي
العفو مجرماً
مقرٌّ بالذنوب يا إلهي

أنت الذي خلقتني
رحمتني ورزقتني
دوماً يا رب قد كنت معي

لكنني نأيت عنك
نسيت ما قد كان لك
وسرت في طريقي يا إلهي
واليوم يا رب أعود
من ظلمة خلف الحدود
فالقلب منكسر وطرفي حائر


وأنا الغريق فلا أرى
إلا سواك لي منقذاً
لا ملجأ ولا منجى إلا أنت
يا إلهي


Maksudnya:

Di suatu malam dari sekian malam,
Aku tidak tahu apa yang terjadi padaku,
Kegelapan menyelubungi diriku, wahai Tuhan.

Bumi dan langit ku rasakan sempit,
Hatiku tidak menjumpai cahaya,
Dan air mataku sentiasa bercucuran, wahai Tuhanku.

Aku ingkar dan dosaku bertimbun,
Sesungguhnya aku di dalam penjara kesedihan,
Dirantai oleh dosa-dosaku, wahai Tuhan.

Akan layakkah, wahai Tuhanku,
kemaafan diberikan kepada si pesalah,
yang sering berbuat dosa, wahai Tuhanku?

Engkau yang menciptakanku,
Mengasihiku dan memberikanku rezeki,
Wahai Tuhan, Engkau sentiasa mendampingiku,

Namun aku pula menjauhi-Mu,
Aku melupai apa yang ada pada-Mu,
Dan aku mengikuti jalanku sendiri, wahai Tuhanku.

Pada hari ini wahai Tuhan, aku kembali
daripada kegelapan di belakang sempadan,
Hatiku berkecai dan jalanku mengelirukan,

Aku yang kelemasan tidak melihat sesiapa
melainkan Engkau untuk menyelamatkanku,
Tiada tempat berpaling, tiada penyelamat kecuali Engkau, wahai Tuhanku!



0 comments
Blog Widget by LinkWithin

Outlandish

English Nasheed
Pop, R&B, Hip Hop,

Sami Yusuf-Without You

English Nasheed
Pop, Techno, Pure Nahseed

Talib Al-Habib

Arabic Nasheed
Pure Nasheed

D-Clique

English Nasheed
Techno, Pop, Rap, R&B

Tashiru

Nasyid Indon
Pop, Balada, Indie, Acapella