Salam Ziarah buat semua! Pertamanya, maaf sudah lama bersawang blog ni.. Keduanya, layout yg baru ini harap dapat memberi semangat kepadaku untuk update dengan lebih kerap dan untuk mempromot dengan lebih yakin..
Ketiganya, mungkin ada lagu2 lama yg ada masalah untuk mendownloadnya.. Itu, diharap anda dapat memberi kerjasama dengan melaporkannya di shoutbox supaya semua error dapat dibaiki..
Sekian........
Seorang yang telah berlegar2 di dunia Internet sejak sekian lama, mencari hiburan alternatif untuk remaja sekarang yang main hentam sembrono dan tak ambil berat.. Dan yang lain2... anda boleh tambah2 sendiri tanpa unsur2 fitnah.. (sedang mencari2 ayat sesuai)
Adalah sukacita dimaklumkan bahwa website ini menyokong penuh industri nasyid dan sangat marah kepada mencemarkan industri ini.. Tapi, memandangkan kepada kadar ketersampaian yg terhad bagi kita untuk mencapai hiburan alternatif oleh masyarakat Muslim di negara2 barat, dan juga sikap suka berkongsi yg tinggi, wujudlah website ini..
AMARAN: Muhd Alfateh tidak bertanggungjawab sekiranya anda terkantoi di pasar2 malam ataupun di belakang lorong2 sedang menjual CD yg mengandungi lagu2 yg anda download di sini yg telah anda burn sebanyak mungkin..
Ade satu request drpd shoutbox nak lagu nih.. Mula2 mcm x pernah dgr name lagu, cari2 ade rupanya.. Husayan punya nyanyian yg aku jarang, mungkin x pernah bukak.. Jadi dgr ah jap.. memang menyentuh lirik die... Sayang sekali, aku terase malas nk google2 lagi.. jadi harapnya orang itu dgn baik hati carikanlah lirik ye... Maka, di bawah ini lah link untuk download..
La Tas'aluni لا تسألواني -Muhammad Al-Husayan
Nak tgk lirik die sementara ade org tolong postkan, boleh tgk kt sini....
(PENTING: Maaf sekiranya terdapat link download yang tidak berfungsi. Jika berlaku begitu, TOLONGLAH maklumkan kepada saya samada di shoutbox atau di komen post. SEKIAN.
لا تسألوني عن حياتي
فهي أسرار الحياة
هي منحة .. هي محنة
هي عالم من أمنيات
قد بعتها لله ثم
مضيت في ركب الهداة
أما طريقي فهو
قرآن .. وسيف .. وابتلاء
الله باركه وسار عليه قبلي الأنبياء
و مواكب الشهداء روته بأنهار الدماء
فإذا به روض ذكي في إطار من ضياء
أما مصيري فهو
مايرضي الإله وما يريد
الفوز بالنصر المبين
أو الشهادة والخلود
فإذا وجدت على الثرى
والعمر محدود الحدود
فكن البطولة والهداية
أو فيا بئس الوجود
terjemahan:
jangan tanyakan aku tentang hidupku
ia adalah sebuah rahsia kehidupan
ia adalah anugerah.. ia adalah ujian
ia adalah dunia yang penuh dengan cita-cita
aku telah menjualkannya kepada Allah
kemudian aku berjalan dalam barisan para pembawa petunjuk
dan jalan hidupku adalah
al-Qur’an, pedang, dan ujian..
Allah telah memberkatinya dan para nabi terdahulu telah melaluinya
para syuhada’ telah menyirami jalan ini dengan darah mereka
maka jadilah ia taman indah yang dikelilingi cahaya
sedangkan penghujung perjalananku adalah
apa yang meredhakan Allah dan apa yang diinginkanNya
keuntungan dengan kemenangan nyata
atau kesyahidan dan keabadian
jika engkau telah berada di muka bumi
dan engkau tahu umurmu terbatas
maka jadilah pahlawan dan pembawa petunjuk
jika tidak alangkah buruknya kewujudanmu
Posted on November 16, 2008 at 6:29 AM